DULU,
sebelum menjadi terkenal seperti sekarang, lelaki kulit hitam yang
meninggalkan bandar Hawaii kerana berpendapat muzik tidak dapat
berkembang di sana pernah menjadi penipu demi sesuap nasi.
Waktu
meninggalkan Honolulu, Hawaii dan menjadi gelendangan di bandar besar
seperti Los Angeles, dia tidak punya cukup wang untuk membayar sewa
rumah. Jauh sekali bermewah. Justeru untuk memastikan dia bernafas pada
hari-hari seterusnya, harus ada pengorbanan yang dilakukan.
"Pengorbanannya adalah menjadi penipu. Saya memberitahu pada pengusaha sebuah kelab bahawa saya adalah seorang DJ.
"Lalu
saya berjaya menjadi DJ di kelab tersebut. Namun ia tidak lama selepas
mereka mengetahui sebenarnya saya tidak pandai menggesek cereka padat
pun, jauh sekali menghiburkan pengunjung sebagai seorang DJ
profesional," katanya sambil ketawa mengenang kisah lampau dirinya.
Dia,
Peter Gene Hernandez atau dikenali dunia dengan nama pentas Bruno Mars,
tahun ini baru mencecah usia 26 tahun. Tapi sudah jauh dia berjalan.
Biar hanya mula terkenal pada tahun 2009, namanya melambung tinggi,
apatah lagi portfolionya sebagai seorang komposer kemas bersusun dengan
menjadi tulang belakang penyanyi berprolifik tinggi seperti Brandy, Adam
Levine, Flo Rida serta Travie McCoy.
Mars kemudian semakin menjadi sebutan ramai apabila dinobatkan sebagai Vokal Lelaki Terbaik menerusi lagu Just The Way You Are dalam anugerah Grammy yang lalu selain dicalonkan untuk enam kategori lain dalam anugerah yang sama.
"Tercalon
di dalam Grammy adalah satu hal yang cukup besar bagi saya. Malah
dengan tujuh pencalonan dan bersaing sengit bersama Eminem yang
mendahului 10 pencalonan, ia adalah hal yang luar biasa bagi saya,"
katanya yang tercalon menerusi album debutnya Doo-Wops & Hooligans.
![]() |
MARS mempunyai cita-cita untuk bekerjasama dengan grup Coldplay.
|
Malah pada tahun 2010, dia sendiri telah diangkat sebagai pemilik Lagu Terbaik Sepanjang Tahun menerusi lagu Nothin' on You dalam anugerah Soul Train Music.
Ironi,
muzik bukanlah satu yang asing bagi lelaki ini. Sebaliknya dia telah
mula terjebak dengan dunia muzik seawal usia dua tahun. Ini kerana
ayahnya merupakan seorang pemuzik manakala ibunya adalah penyanyi di
kelab-kelab malam.
Dia
menjadi 'Elvis Presley' dalam slot sendiri bersama ibu dan bapanya.
Kata Mars: "Ayah seorang peminat fanatik muzik 50-an. Dia berminat
dengan Little Richard, Elvis dan Ray Charles. Saya pula tertarik dengan
Elvis selepas melihat beberapa videonya yang membuat banyak wanita
histeria.
"Jadi
sebagai anak kecil pada waktu itu, saya melihat ia adalah menarik. Lalu
saya naik ke atas pentas supaya saya dapat menarik orang kerana minat
saya iaitu menyanyi."
Bagaimanapun
hajat menjadi penyanyi sejati tidak datang bergolek. Penghijrahan yang
dibuat ke Los Angeles dengan impian besar menjadi penyanyi tidak
kesampaian. Mengaku telah mempersona banyak penerbit dengan vokalnya,
namun tidak ada seorang komposer pun yang sudi memberi lagu kepadanya
pada waktu itu.

BRUNO MARS akan menggegarkan Malaysia pada 10 April ini melalui konsert sulungnya, Doo-Wops & Hooligans World Tour.
Lantaran itu kata Mars dia terpaksa menipu menjadi seorang DJ, selain dalam masa yang sama, dia belajar menulis lagu sendiri.
"Saya
telah menyanyi di hadapan orang yang betul dan mendapat peluang menjadi
penyanyi. Tetapi ia berhenti setakat itu apabila tidak ada komposer
yang mahu menulis lagu untuk saya.
"Saya
sangat kecewa dan saya berkata kepada diri sendiri, saya akan
melakukannya sendiri tanpa bantuan orang jika itu adalah jalan terbaik
untuk saya menjadi artis. Jadi itu yang saya lakukan.
"Satu
hari, seorang lelaki telah mendengar karya saya dan dia meminta lagu
tersebut untuk diberikan kepada sebuah grup bernama Menudo. Saya menolak
permintaan tersebut dengan keras kerana berpendapat karya seni saya
tidak boleh diberi kepada sebuah boy band.
"Namun
lelaki tersebut menjawab, dia akan membayar saya sejumlah wang yang
agak lumayan untuk lagu tersebut dan ia telah membuka mata saya tentang
bisnes dunia hiburan. Jadi ia membuat saya berfikir bahawa mungkin saya
belum ditakdirkan menyanyi penyanyi pada waktu itu, sebaliknya saya
boleh membuat duit dengan menjual karya saya kepada orang lain. Itu apa
yang terjadi sehingga pihak Elektra Records mengambil peluang. Lalu saya
menulis Nothin' on You dan
bersetuju untuk saya yang menyanyikan lagu itu berbanding orang lain.
Maka perjalanan baru sebagai penyanyi pun bermula," cerita Bruno panjang
lebar.

SEBELUM terkenal sebagai penyanyi, dia terlebih dahulu popular sebagai komposer.
Bercakap mengenai Doo-Wops & Hooligans, Mars
yang pernah menganggotai sebuah kumpulan reagge sewaktu di kampung
halamannya menjelaskan sengaja dia memilih doo-wop kerana dia membesar
dengan aliran muzik tersebut. Malah dia menggemari penyatuan lirik yang
tidak terlalu puitis tetapi berkesan dengan melodi seperti yang
dihasilkan untuk lagu Nothin' on You dan Just the Way You Are.
"Pendek
kata saya sukakan sebuah lagu yang ringkas, tetapi mempunyai tarikan
yang kuat," katanya yang turut menampilkan anak bongsu Bob Marley,
Damian Marley di dalam album tersebut menerusi lagu Liquor Store Blues.
0 komentar:
Posting Komentar